Rabu, 4 Disember 2013

Projek Tapak Pusat Tahfiz lilbanat (perempuan)





Profil Dan Sejarah Ringkas Pusat Tahfiz Al Irshad, Sungai Dua,P.Pinang



Profil Dan Sejarah Ringkas Pusat Tahfiz Al Irshad, Sungai Dua,P.Pinang

2013
[Lilbanin;N0.3200 Nyiur Sebatang,13300 Tasek gelugor,Sungai dua,Pulau Pinang.Lilbanat;Lot 341,Kg.Setol,13300 tasek Gelugor,Sungai dua,Pulau pinang (No. Pend:JAIP/PEND/03-BW-(R) 0019)]
     PTQAL











      Sejarah Ringkas Pusat Tahfiz Al Irshad Sungai Dua, P.Pinang
                   (No. Pendaftaran:JAIP/PEND/03-BW-(R) 0019)

       Madrasah tahfiz ini ditubuhkan pada tahun 2008 setelah mendapat keputusan bersama beberapa orang ahli sekretariat (pemegang amanah).Pada peringkat permulaan,aktiviti pembelajaran ada bertempat di bangunan masjid lama Kg. Nyiur Sebatang.Selain itu,pihak pengurusan juga telah  menyewa beberapa unit rumah lama yang  beralamat di No. 3200 Nyiur Sebatang, 13300 Tasek Gelugor,Sungai Dua, Pulau Pinang.
     Sehingga kini terdapat tiga buah bangunan untuk asrama dan kelas tahfiz, dua buah rumah guru dan sebuah rumah tukang masak.Pada tahun 2009 madrasah telah membeli sebidang tanah di lokasi yang berhampiran untuk tujuan membina bangunan baru bagi tujuan memenuhi keperluan semasa yang agak mendesak.
      Pada awalnya,pengajian tahfiz bermula dengan seorang guru dengan menumpang di bangunan lama masjid jamek kampong Nyiur Sebatang dengan sejumlah  pelajar.Setelah itu kelas tahfiz mula mendapat sambutan dengan bertambahnya bilangan guru dan pelajar dari masa ke semasa.Hingga ke saat ini pengambilan pelajar baru telah dihentikan kerana tempat yang terhad.Kelas tahfiz bermula seawal sebelum subuh dan berakhir pada sebelah malam dengan beberapa tertib dan jadual untuk istirehat,makan-minum,riadah dan kokurikulum telah pun ditetapkan oleh pihak madrasah.Pada ketika ini terdapat seramai 37 orang pelajar  di mana 6 orang pelajar dijangkakan akan menamatkan hafalan 30 juzuk Al Quran pada sebelum bulan Ramadhan tahun ini (2013),insyaAllah.   

                                          Wawasan Dan Madrasah

      Madrasah ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan alim ulamak seperti zaman keagungan Islam pada kurun pertama Hijriah dahulu. Dengan itu madrasah mengutamakan tarbiah untuk menerapkan nilai-nilai murni berupa sunnah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. di mana  pelajar dididik untuk:

  1. Memelihara hafalan Al-Quran serta amalannya.

  1. Mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. dengan istiqamah.

  1. Berkorban diri dan harta untuk agama dan menyebarkan agama Allah kepada ummat.

  1. Meningkatkan kefahaman serta penghayatan agama dalam masyarakat di samping  dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah .






                                             MASJID KAMPUNG NYIUR SEBATANG







                       BANGUNAN MASJID LAMA KG. NYIUR SEBATANG




                                              Sistem Pendidikan


Pengajian di madrasah ini terbahagi kepada tiga aliran;

(1) Aliran Tahfiz (Menghafal Al-Quran)

(2) Pengajian Tahfiz Braille (OKU-Buta Dan Cacat Penglihatan)

(3) Aliran Pengajian Islam (Pengajian Kitab). Keterangannya adalah seperti berikut:-





             (1) Tahfiz (sudah bermula)
  



   Nazirah 


Pembetulan bacaan dan tajwid

Setahun


Hafalan

Sabak(hafalan baru)
Para sabak (hafalan sebulan)
Mokhtar (hafalan lama)



3 -4 tahun

Ulangan

3 juzuk sehari
5 juzuk sehari
7-8 juzuk sehari
10 juzuk sehari
15 juzuk sehari
sebanyak mungkin sehari
30 juzuk sehari




1-2 tahun

Shahadah

Keputusan tahap hafalan

30 juzuk sehari
15 juzuk dua hari
10 juzuk tiga hari
7/8 juzuk empat hari


Ø  Di samping itu para pelajar juga akan mengikuti kelas pengajian fardu ain, tajwid, dan adab.


(2) Pengajian Tahfiz Braille (OKU-Buta) Akan Dibuka Pada 16/12/2013                    
(3) Pengajian Islam (masih di peringkat cadangan);


Nama-Nama Kitab;

Kelas
1
2
3
4
5
6
7
8

Tafsir



Terjemah Juz amma

Tajut Tafasir

Tajut Tafasir

Tajut Tafasir

Al-Jalalain



Usul Tafsir



Matan zamzami

Faidhul Khabir

At-Tahbir

Usul Tafsir



Hadis


Arbain

Jawahirul Bukhari

Bulughul Maram

Jamius Soghir

Jamius Soghir

Misykatul Masabih

Sunan Sittah

Sunan Sittah

Mustalah Hadis



Baiquniyyah

Taisir Mustalah

Syarh Taqrib




Tauhid


Aqidah Tahawiyah

Perisai Bg Mukallaf

Kifayatul Awam

S. Ummil Barahin

Syarah Tahawiyah




Fiqh



Ghayah

Fathul Qarib

F.Qarib/Fathul Muin

F. Muin/ Iqna’

Iqna’/ Muhazzab

Muhazzab

Mughni Al-Muhtaj

Mughni Al-Muhtaj

Usul Fiqh



Sy. Waraqat

Lumma’

Usul Fiqh




Qawaid Fiqhiyyah



Durratul Bahiyyah

Durratul Bahiyyah

Durratul Bahiyyah




Sirah





Nurul Yaqin

Tarikh Khulafa




Faraid





Tuhfatus Saniyah





Tasawwuf


Akhlaq

Bidyatul
Hidayah

Minhajul Abidin

Mauizatul Mu’minin





Nahu



Ajurrumiyyah

Tuhfatul Hasaniyyah/ Mutamimah

Sy Qatrun Nada

Syuzuruz Zahab





Sorof


Al-Bina/Izzi

Sy Bina/ Maqsud

Taudih Sarf  1-2

T. Sarfi  3-4

Sy Urf/   M. Arwah




Balaghah




Durusul Balaghah

Balaghah Wadihah





Mantiq



Sy Isaghuji






Mutalaah


Qasasun Nabiyyin

Qasasun Nabiyyin

Qasasun Nabiyyin

Qasasun Nabiyyin





Insya’


Mua’limul Insya’

Mua’limul Insya’

Mua’limul Insya’

Mua’limul Insya’

Mua’limul Insya’




Nota: Sukatan Khas Pengajian Akademik Juga Akan Disediakan.
 


                                                       Pentadbiran

     Madrasah ini ditadbir oleh sebuah majlis sekretariat yang bermesyuarat setiap sebulan sekali.Bagi hal-ehwal pendidikan pula,guru-guru akan mengadakan mesyuarat mingguan dan bulanan.







Sumber Kewangan

              1.    Yuran pelajar  sebanyak RM 150.00  sebulan
              2.    Sumbangan dari para dermawan,badan korporat,kerajaan negeri,kerajaan persekutuan dan pejabat Islam Negeri Pulau Pinang.

Keperluan Perbelanjaan  Madrasah
        
                Bulanan;
              1.    Imbuhan 5 orang tenaga pengajar kelas Tahfiz dan kelas Alim
              2.   1 orang tukang masak
              3.   1 orang pekerja am rendah
              4.   4 unit rumah sewa untuk tenaga pengajar
              5.   Bil air,eletrik dan telifon

               Dana khas;
    Pentadbiran Madrasah sekarang ini memerlukan sejumlah dana untuk perbelanjaan bagi keperluan bulanan dan juga bagi tujuan pembangunan.


                      Beberapa Bangunan  Madrasah Yang Sedia Ada


                                                                                                               


                                                Pemandangan Bangunan Sewa Sementara


                                                                       

                                               
  



                         (1) RANCANGAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU  LILBANIN


     Pihak madrasah sedang giat menjalankan usaha untuk memiliki bangunan pusat tahfiz sendiri bagi menampung keperluan semasa yang mendesak dan juga sebagai sebuah bangunan yang sesuai dan selesa untuk tempat belajar.


                                          Keperluan  Pembangunan
     
      ∙ Menyiapkan 1 unit bangunan 3 tingkat (RM1,451,520.00)
∙ 2 unit rumah guru setingkat (RM170,000.00)
      ∙ Satu unit surau (RM300,000.00)
∙ Padang permainan




Tapak Cadangan Pembinaan Madrasah, Surau, Asrama, Rumah Guru, Rumah Tetamu Dan Padang Permainan                    





Tanah Lot N0.20,G.M. 178,Mukim 11,District of Seberang Perai Utara,State of Penang




2. Rancangan Pembinaan Bangunan Baru Lilbanat (Perempuan)

- 1 unit bangunan 2 tingkat (RM 600,000.00)

- 1 unit rumah guru (RM 170,000.00)



(2.1) Rancangan Pembinaan Tahfiz Perempuan   


     Pihak madrasah juga berhasrat untuk memulakan pembinaan madrasah tahfiz bagi pelajar perempuan di atas sebidang tanah milik madrasah yang beralamat di lot 341 mukim 11,Kg. Setoi, Seberang Perai Utara.




                                        Plan Lokasi Lot  341 Mkm. 11, S.P.U, Pulau Pinang


                                          Tapak Projek Pusat Tahfiz Lilbanat (Perempuan)

                                             



                                                              Lot 341,Mkm. 11,S.P,U.






                                                          Projek Tahfiz Lilbanat




                                                                            14/11/2013



    NOMBOR AKAUN PUSAT TAHFIZ AL IRSHAD



(1) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB): 07052010005824 atas nama Pusat Tahfiz  Al Irshad Lilbanin.


(2) Bank Simpanan Nasional (BSN):  07100-41-00009261-9 atas nama Pusat Tahfiz Al Irshad, Sungai Dua.  




Pemegang Amanah  PTQAL:

1. Pengerusi: Ustaz Haji Abd Gani Bin Awang Al Hafiz : 012-5308616 / +966554228733
2. Mudir/Setiausha: Ustaz Haji Kamarul Ariffin Bin Ithnan Al Hafiz : 017-4999074/ 017-2436463/  +923333362667
3. Bendahari: Ustaz Sofean Bin Mat Desa Al Hafiz: 019-2005196

Talipon/Fax:  04-3991119
Email: al_irshad1996@hotmail.com
Website:www.pusattahfizalirshad.blogspot.com


************************************************************************