Projek Tapak Pusat Tahfiz lilbanat (perempuan)
Rabu, 4 Disember 2013
Profil Dan Sejarah Ringkas Pusat Tahfiz Al Irshad, Sungai Dua,P.Pinang
Profil
Dan Sejarah Ringkas Pusat Tahfiz Al Irshad, Sungai Dua,P.Pinang
|
2013
|
|
[Lilbanin;N0.3200 Nyiur
Sebatang,13300 Tasek gelugor,Sungai dua,Pulau Pinang.Lilbanat;Lot 341,Kg.Setol,13300 tasek Gelugor,Sungai dua,Pulau
pinang (No. Pend:JAIP/PEND/03-BW-(R) 0019)]
|
PTQAL
|
|
Sejarah Ringkas Pusat Tahfiz Al Irshad Sungai Dua, P.Pinang
(No.
Pendaftaran:JAIP/PEND/03-BW-(R) 0019)
Madrasah
tahfiz ini ditubuhkan pada tahun 2008 setelah mendapat keputusan bersama
beberapa orang ahli sekretariat (pemegang amanah).Pada peringkat
permulaan,aktiviti pembelajaran ada bertempat di bangunan masjid lama Kg. Nyiur
Sebatang.Selain itu,pihak pengurusan juga telah
menyewa beberapa unit rumah lama yang beralamat di No. 3200 Nyiur Sebatang, 13300
Tasek Gelugor,Sungai Dua, Pulau Pinang.
Sehingga kini terdapat tiga buah bangunan
untuk asrama dan kelas tahfiz, dua buah rumah guru dan sebuah rumah tukang
masak.Pada tahun 2009 madrasah telah membeli sebidang tanah di lokasi yang
berhampiran untuk tujuan membina bangunan baru bagi tujuan memenuhi keperluan
semasa yang agak mendesak.
Pada awalnya,pengajian tahfiz bermula
dengan seorang guru dengan menumpang di bangunan lama masjid jamek kampong
Nyiur Sebatang dengan sejumlah pelajar.Setelah itu kelas tahfiz mula mendapat
sambutan dengan bertambahnya bilangan guru dan pelajar dari masa ke semasa.Hingga
ke saat ini pengambilan pelajar baru telah dihentikan kerana tempat yang
terhad.Kelas tahfiz bermula seawal sebelum subuh dan berakhir pada sebelah
malam dengan beberapa tertib dan jadual untuk istirehat,makan-minum,riadah dan
kokurikulum telah pun ditetapkan oleh pihak madrasah.Pada ketika ini terdapat
seramai 37 orang pelajar di mana 6 orang
pelajar dijangkakan akan menamatkan hafalan 30 juzuk Al Quran pada sebelum
bulan Ramadhan tahun ini (2013),insyaAllah.
Wawasan
Dan Madrasah
Madrasah ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan
alim ulamak seperti zaman keagungan Islam pada kurun pertama Hijriah dahulu.
Dengan itu madrasah mengutamakan tarbiah untuk menerapkan nilai-nilai murni
berupa sunnah dan perjuangan Rasulullah s.a.w. di mana pelajar dididik untuk:
- Memelihara hafalan Al-Quran serta amalannya.
- Mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. dengan istiqamah.
- Berkorban diri dan harta untuk agama dan menyebarkan agama Allah kepada ummat.
- Meningkatkan kefahaman serta penghayatan agama dalam masyarakat di samping dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah .
MASJID KAMPUNG NYIUR SEBATANG
BANGUNAN MASJID LAMA KG. NYIUR SEBATANG
Sistem Pendidikan
Pengajian di madrasah ini
terbahagi kepada tiga aliran;
(1) Aliran Tahfiz (Menghafal Al-Quran)
(2) Pengajian Tahfiz Braille
(OKU-Buta Dan Cacat Penglihatan)
(3) Aliran Pengajian Islam
(Pengajian Kitab). Keterangannya adalah seperti berikut:-
(1) Tahfiz (sudah
bermula)
Nazirah
|
Pembetulan bacaan dan tajwid
|
Setahun
|
Hafalan
|
Sabak(hafalan baru)
Para
sabak (hafalan sebulan)
Mokhtar (hafalan lama)
|
3 -4 tahun
|
Ulangan
|
3 juzuk sehari
5 juzuk sehari
7-8 juzuk sehari
10 juzuk sehari
15 juzuk sehari
sebanyak mungkin sehari
30 juzuk sehari
|
1-2 tahun
|
Shahadah
|
Keputusan tahap hafalan
|
30 juzuk sehari
15 juzuk dua hari
10 juzuk tiga hari
7/8 juzuk empat hari
|
Ø
Di samping itu para pelajar
juga akan mengikuti kelas pengajian fardu ain, tajwid, dan adab.
(2) Pengajian Tahfiz Braille
(OKU-Buta) Akan Dibuka Pada 16/12/2013
(3) Pengajian Islam (masih di peringkat cadangan);
Nama-Nama Kitab;
Kelas
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
Tafsir
|
Terjemah Juz amma
|
Tajut Tafasir
|
Tajut Tafasir
|
Tajut Tafasir
|
Al-Jalalain
|
|||
Usul Tafsir
|
Matan zamzami
|
Faidhul Khabir
|
At-Tahbir
|
Usul Tafsir
|
||||
Hadis
|
Arbain
|
Jawahirul Bukhari
|
Bulughul Maram
|
Jamius Soghir
|
Jamius Soghir
|
Misykatul Masabih
|
Sunan Sittah
|
Sunan Sittah
|
Mustalah Hadis
|
Baiquniyyah
|
Taisir Mustalah
|
Syarh Taqrib
|
|||||
Tauhid
|
Aqidah Tahawiyah
|
Perisai Bg Mukallaf
|
Kifayatul Awam
|
S. Ummil Barahin
|
Syarah Tahawiyah
|
|||
Fiqh
|
Ghayah
|
Fathul Qarib
|
F.Qarib/Fathul Muin
|
F. Muin/ Iqna’
|
Iqna’/ Muhazzab
|
Muhazzab
|
Mughni Al-Muhtaj
|
Mughni Al-Muhtaj
|
Usul Fiqh
|
Sy. Waraqat
|
Lumma’
|
Usul Fiqh
|
|||||
Qawaid Fiqhiyyah
|
Durratul Bahiyyah
|
Durratul Bahiyyah
|
Durratul Bahiyyah
|
|||||
Sirah
|
Nurul Yaqin
|
Tarikh Khulafa
|
||||||
Faraid
|
Tuhfatus Saniyah
|
|||||||
Tasawwuf
|
Akhlaq
|
Bidyatul
Hidayah
|
Minhajul Abidin
|
Mauizatul Mu’minin
|
||||
Nahu
|
Ajurrumiyyah
|
Tuhfatul Hasaniyyah/ Mutamimah
|
Sy Qatrun Nada
|
Syuzuruz Zahab
|
||||
Sorof
|
Al-Bina/Izzi
|
Sy Bina/ Maqsud
|
Taudih Sarf
1-2
|
T. Sarfi 3-4
|
Sy Urf/ M.
Arwah
|
|||
Balaghah
|
Durusul Balaghah
|
Balaghah Wadihah
|
||||||
Mantiq
|
Sy Isaghuji
|
|||||||
Mutalaah
|
Qasasun Nabiyyin
|
Qasasun Nabiyyin
|
Qasasun Nabiyyin
|
Qasasun Nabiyyin
|
||||
Insya’
|
Mua’limul Insya’
|
Mua’limul Insya’
|
Mua’limul Insya’
|
Mua’limul Insya’
|
Mua’limul Insya’
|
Nota: Sukatan Khas
Pengajian Akademik Juga Akan Disediakan.
Pentadbiran
Madrasah ini ditadbir oleh sebuah majlis
sekretariat yang bermesyuarat setiap sebulan sekali.Bagi hal-ehwal pendidikan
pula,guru-guru akan mengadakan mesyuarat mingguan dan bulanan.
Sumber Kewangan
1. Yuran pelajar sebanyak RM 150.00 sebulan
2. Sumbangan dari para dermawan,badan
korporat,kerajaan negeri,kerajaan persekutuan dan pejabat Islam Negeri Pulau
Pinang.
Keperluan Perbelanjaan Madrasah
Bulanan;
1. Imbuhan 5 orang tenaga pengajar kelas
Tahfiz dan kelas Alim
2. 1 orang tukang masak
3. 1 orang pekerja am rendah
4. 4 unit rumah sewa untuk
tenaga pengajar
5. Bil air,eletrik dan telifon
Dana khas;
Pentadbiran Madrasah sekarang ini memerlukan
sejumlah dana untuk perbelanjaan bagi keperluan bulanan dan juga bagi tujuan
pembangunan.
Beberapa
Bangunan Madrasah Yang Sedia Ada
Pemandangan Bangunan Sewa Sementara
(1) RANCANGAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU LILBANIN
Pihak madrasah sedang giat
menjalankan usaha untuk memiliki bangunan pusat tahfiz sendiri bagi menampung
keperluan semasa yang mendesak dan juga sebagai sebuah bangunan yang sesuai dan
selesa untuk tempat belajar.
Keperluan Pembangunan
∙ Menyiapkan 1 unit bangunan 3 tingkat
(RM1,451,520.00)
∙ 2 unit rumah
guru setingkat (RM170,000.00)
∙ Satu unit surau (RM300,000.00)
∙ Padang permainan
Tapak Cadangan Pembinaan Madrasah, Surau, Asrama, Rumah
Guru, Rumah Tetamu
Dan Padang
Permainan
Tanah Lot N0.20,G.M. 178,Mukim 11,District of Seberang Perai
Utara,State of Penang
2. Rancangan Pembinaan Bangunan Baru
Lilbanat (Perempuan)
- 1 unit bangunan 2
tingkat (RM 600,000.00)
- 1 unit rumah guru
(RM 170,000.00)
(2.1) Rancangan Pembinaan Tahfiz Perempuan
Pihak
madrasah juga berhasrat untuk memulakan pembinaan madrasah tahfiz bagi pelajar
perempuan di atas sebidang tanah milik madrasah yang beralamat di lot 341 mukim
11,Kg. Setoi, Seberang Perai Utara.
Plan Lokasi Lot 341 Mkm. 11, S.P.U, Pulau Pinang
Tapak Projek Pusat
Tahfiz Lilbanat (Perempuan)
Lot 341,Mkm. 11,S.P,U.
Projek
Tahfiz Lilbanat
14/11/2013
NOMBOR AKAUN PUSAT TAHFIZ AL IRSHAD
(1) Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB): 07052010005824 atas nama Pusat Tahfiz Al Irshad Lilbanin.
(2) Bank Simpanan Nasional (BSN):
07100-41-00009261-9 atas nama Pusat Tahfiz Al Irshad, Sungai Dua.
Pemegang Amanah PTQAL:
1. Pengerusi: Ustaz Haji Abd Gani Bin Awang Al Hafiz : 012-5308616 / +966554228733
2. Mudir/Setiausha: Ustaz Haji Kamarul Ariffin Bin Ithnan Al Hafiz : 017-4999074/ 017-2436463/ +923333362667
3. Bendahari: Ustaz Sofean Bin Mat Desa Al Hafiz: 019-2005196
Talipon/Fax: 04-3991119
Email: al_irshad1996@hotmail.com
Website:www.pusattahfizalirshad.blogspot.com
************************************************************************
Langgan:
Catatan (Atom)